Seni Memaafkan

Manusia itu baik bukan kerana dirinya, tetapi ia adalah kerana rahmat daripada Allah swt. Sebagai hamba kita hanya berusaha dan yang memberikan hidayah dan taufik itu adalah Yang Maha Esa Allah swt.

Hidayah adalah jentikan hati manakala taufik adalah jalan. Kedua-dua perkara ini hanya Allah sahaja yang berhak berikan kepada hamba-Nya. Maka sebagai manusia kita perlu berusaha ke arah yang lebih baik.

Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing. Orang lain tetap akan nampak kelemahan diri itu. Namun pasangan tetap berpaut hati kepada pasangannya walaupun dengan kelemahan dan kekurangan itu.

Jika tanpa rahmat Allah hati manusia itu tidak akan lembut untuk menyukai pasangan hidup walaupun dengan kekurangan kemanusiaan.

Seni apabila berlaku pertengkaran dalam rumahtangga adalah dengan sentiasa memaafkan.

Ini adalah rahsia kebahagiaan dalam rumah tangga. Hati perlu dilatih untuk sentiasa memaafkan pasangan berbeza pandangan dengan kita. Jika hati tidak memaafkan ia akan melahirkan rasa sakit hati terhadap orang lain.Jika diikutkan perkara pertengkaran ini tidak akan pernah habis malah akan berterusan. Apabila terlintas perasaan di hati, maka latih untuk terus memaafkan.

Perkara yang setiap orang mahukan dalam kehidupan adalah kebaikan dan kebahagiaan diri dan rumah tangga. Oleh itu perbanyakkan maafkan orang yang telah membuat kesalahan kepada kita.

Sudah tentu hanya Allah swt yang berkehendak memberi kesembuhan kepada kita. Walaubagaimanapun Allah swt mahu melihat usaha kita juga kerana “seseorang itu tidak akan berubah jika dia tidak merubah dirinya”. Jadi apa yang boleh kita lakukan?

Kaedah terbaik untuk mengelakkan daripada berlakunya pertengkaran yang tidak berpenghujung adalah dengan menjaga emosi dengan cara yang betul. Emosi yang stabil mampu meredakan keadaan yang tegang dan mudah toleransi untuk memaafkan.

MOELIFE adalah makanan tambahan yang baik untuk kecergasan badan, kecerdasan minda dan ketenangan emosi yang mengandungi 100% herba berkualiti tinggi mampu memberikan kebaikan untuk kehidupan kita.

Kita cuma berusaha tetapi hanya Allah swt yang memberi kesembuhan.
Tenang-tenang sajalah.

Muhamad bin Abdullah al-Amin
Pengasas MOELIFE
Pengasas Ilmu Psikologi Teori Imam al-Ghazali (Forensik Insan)

Untuk mengetahui maklumat lanjut anda boleh tekan link di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *